Sunday 18 December 2011

Filem komedi tempatan paling laris .


Lambakan filem komedi di Malaysia tak penah surut dalam industri perfileman tempatan dari masa ke semasa.,maybe mendapat penerimaan dan sokongan penonton kt , kehadiran filem komedi telah berjaya meletakkan tempatnye tersendiri dalam carta filem dan semakin dihargai. 
Jom kite tengok antara filem komedi tempatan yg laris di Malaysia . 


Geng: Pengembaraan Bermula (RM6.2 juta)

Bermula dgn majlis pelancaran siri pendek animasi "Upin & Ipin" sekitar tahun 2007 sehinggelah ia dibawa ke layar perak , filem ini berjaye meraih perhatian dpd pelbagai pihak antaranya ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia dgn sumbangan seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain daripada itu, Kementerian Pelancongan turut menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM200,000 untok bahagian promosi. Diterbitkan oleh Les' Copaque Sdn Bhd, filem ini mengambil masa lebih kurang lapan bulan untok penyelidikan. Ia berjaya meraih kutipan RM6.2 juta dan mereka yg menonton filem ini bukanlah tergolong dpd kanak-kanak sahaja. Filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yg terdiri secara tidak sengaja telah sesat dalam hutan ketika mahu mengutip buah durian yg jatuh tetapi telah dimakan pantas oleh makhluk aneh. Pelbagai situasi telah berlaku ketika pengembaraan mereka di dalam hutan demi mencari makhluk tersebut. 


Lagi-Lagi Senario (RM6.33 juta)
*yg nie takde pic plak coz nie cite lame 
 Filem komedi keluarga arahan Aziz M. Osman ini merupakan kesinambungan filem "Senario The Movie" dan "Senario Lagi". Dibintangi oleh kumpulan Senario, Wardina Safiyyah dan Acappan, "Lagi-Lagi Senario" telah mendapat kutipan tertinggi ketika tayangannye pd tahun 2001 sebelum dipintas oleh "Adnan Sempit" pada tahun 2010. Filem ini mengisahkan Wahid yg dibuang kerja telah bekerja bersama Azlee, Saiful Apek dan Yassin sebagai penebar roti canai di gerai yg diusahakan mereka yg telah mendapat sambutan sehinggalah Mazlan dan Wardina datang membuka gerai bersebelahan. 


Adnan Sempit (RM7.66 juta)
 Filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) ini telah berjaye memintas filem "Lagi-Lagi Senario" yg mendapat kutipan sepanjang masa sejak daripada tahun 2001. Filem arahan Ahmad Idham ini menampilkan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana sebagai peneraju utama. Ia mengisahkan Adnan yg bekerja sebagai penghantar surat di syarikat kepunyaan bapa Nadia. Selepas berlaku satu insiden, Nadia mula berjinak-jinak dgn dunia rempit. 





Hantu Kak Limah Balik Rumah (RM7.9 juta)

Filem komedi seram arahan Mamat Khalid ini ditayangkan di pawagam pd 9 Disember 2010. Ia dibintangi oleh penyanyi rock popular Awie, Man Kadir, Johan Raja Lawak, Shy8 dan Soffi Jikan yg berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kemunculan zombie. Walaubagaimanapun filem ini bukanlah kesinambungan filem "Zombie Kampung Pisang", tetapi lebih ke arah situasi yg berlaku di kampung tersebut. 


Ngangkung (RM8.9 juta)
 Filem bercorak komedi seram ini telah diarahkan oleh pengarah baru, Ismail Bob Hashim dan berjaya mendapat kutipan RM8.9 juta. Filem ini turut dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records 2011 sebagai filem yang menerima kutipan box office tertinggi sepanjang tahun 2010. "Ngangkung" menampilkan Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak dan Azad Jasmin sebagai peneraju filem mengisahkan kehidupan anak muda yg terjebak dalam perjudian nombor ekor.




! TERIME KASIH KERANA SUDI MENJENGUK ENTRY SAYE !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...